Perlawanan ini adalah perlawanan final di mana pasukan saya menentang barisan jurulatih bola jaring daerah Setiu🔥🔥. Telah berlangsung di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu pada 12 Oktober 2019. Perlawan ini juga perlawanan yang terakhir sebelum covid-19💢 melanda. Perlawan ini sangat sengit, pasukan saya terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan gol💦. Position saya adalah sebagai center, pada masa ini saya tidak begitu sihat atas faktor-faktor kesihatan saya. Tetapi saya sahut cabaran untuk pasukan saya dan ingin membantu pasukan saya menjadi juara🔥. Alhamdulillah pasukan kami menang semasa melawan barisan jurulatih ini🥇. Pasukan saya sekarang semua sudah melanjutkan pelajaran mereka, semoga kamu semua boleh sambung bermain bola jaring di universiti masing-masing. Kami merupakan pasukan bola jaring daerah Setiu, dimana kami mendapat tempat keseluruhan dalam pasukan kami untuk mewakili Setiu. Pada masa itu, kami mendapat tempat kedua🥈. Syukur kepada tuhan kerana memberi saya peluang untuk merasai untuk bermain sukan😊
TERBAIKKKK🤟🏻❤️🤟🏻❤️
ReplyDeleteWow hebat sis
ReplyDeleteHebat
ReplyDelete